Wednesday, March 31, 2004

'Let the rains fall.....'

I'm posting from the library internet acces... just making my first visit here. I didn't attend for any class yet. Had to settle down all the things... I'm taking only 'Bahasa Melayu Lanjutan' and 'Quran & Sunnah for Built Invoronment' for this short semester period..

The important and new thing that i found here is, walking on the two foot is really tiring... i need my own transport. Perhaps a bycicle is enough for me... Some seniours of mine said, it is not a big deal to them... maybe mereka sudah terlebih dulu makan garam dan sudah lali... well, maybe one time i will find it is a matter that is easy to take.

Yesterday, went shopping with my friends.. as the mega sale will end really soon...i have deciding to won't let the good opputunity go a way jus like that... Bought a new shoes :) ~ An exciting things to do neh~

The sad news was, i've got 8,400.00 dollar ONLY for the PTPTN... uwaaa~ that's not enough for me maa... not enough for the fees... and definitely not enough untuk perbelanjaan harian aku... Tak pueh hatinyer ... baik tak yoh bui gitu gak~ aku la yang mengong, lurus bendul sangat...

Sunday, March 28, 2004

My loneliness is killing me....

I came back home last nite. It was without planning at all... Maybe It's my intention to run away from the new invoronment... I got to move in to my permanent hostel. I knew nobody there, only Siti sarah...er, what's wrong with it anyway? I still can take it.. It's not a big deal... I just need time to get me use to it...Anyway, the roomates are kind what?

The taaruf day is very tiring+exhausting+sleepy+stinky...ahahaha.. a good introduction actually.. about the languange, the rules, the challenges, and bla...bla..bla.. zzz~ sweet memories...

UIAM, for my first sight is adorable place.. especially for the KAED department building.. differ from others building department.. rasa macam tak sabar je nak start kelas :p but, the exhausting part is the kilometer from the hostel and the class.. It takes 15 to 20 minutes...

I'm going to have a deeper exlopration to the new places there..lets have 'de tour the UIAM'!

Monday, March 22, 2004

Here i come

Woaaah~ my last night being in home.Tomorrow is the registration day for UIAM new intake 2003/2004.....it's 23th march..Here i am looking forward to get knowing u~ wut i'm doing rite now? i'm better go to sleep now... dah ler barang tak abih pack lagi..giler apa? erm, esok Nuha jer yang pergi anta aku :( Ayoh + mama takde... Naik pulak kereta burok Nuha tu... tak tahu bole sampai tidak destinasinya nanti... that car takleh jalan jauh.Enjinnya cepat panas... kereta dah uzur la katakan.Hopefully we may make it... Makcik Minah ada offer pinjam kereta wira dia..tapi segan lar kan.. tengok ar esok macam mana..

Woah~ ayoh masuk paper ar hari nih..paper Metro.. ekceli itu berita lapuk ayah kata... lama punya cerita.Ayoh dapat title Prof..bulan lepas tak silap... Tah pape laa.. Tahun ni nak pencen... baru nak bagi title tu. hehe... Isk, try cari paper tu kat kedai... semua dah abish... seb baik mak Syafa ada beli..bole aku simpan :p

Better not to stay up too long... get to go

Sunday, March 21, 2004

X Hari Mengundi Sedunia X

*Marilah mari . . . . .pergi mengundi . . . . . . jangan lupa kewajipan untuk negara . . . . . .

Bagaikan hari mengundi sedunia rasanye... meriah sungguh sambutanya kali ni...tak pernah aku rasa semeriah ni......Promotion sana sini..kalau ada juga yang tak pegi mengundi, tak tahu laa (memang ada pon..ramai!) contohnya..aku! hehe..tak cukup umur lagi laa...abaikan..Tp, aktiviti aku hari ni agak terganggu jugak laa..sebab menonton tv adalah kebiasaan rutin harian aku...tp, kali ni semua cenel bosan!! semuanya berkisarkan pilihan raya umum... hehe nak tak nak..aku tengok jugak.ahaha~ Macam biasa la... parti 'Gelombang Biru ' la yg. menang... aku? seperti berada di atas pagar... cuma menjadi pemerhati bebas..huhu~

About yesterday... the misery thing, dah semakin pulih kepada keadaan asal... She even looks happy... like she always use to be...lega sikit hati aku... But, i realize....i know that she's not totally alrite..But somehow, aku semakin jelas akan sebabnya...maybe. And i had a believe that takda anak yang tak sayang or tak care about their own parents...rite? penting bagi kita untuk manjaga hati mereka...

Saturday, March 20, 2004

Misery

Misery...It's what i'm feel.....I'm cry a lot....I donno why, I'm being too emotional... Tak tahu apa yang aku fikir sampai macam buat aku jadi macam ni... semua bercampur aduk...feeling upset to someone...membuatkan aku takda mood....Langsung, tak turun makan malam..Isk, padan muka, kan dah lapar! Hahaha...let ignore it, it's just me...love to take things in harder way (uik? betul ke ayat aku nih?)... er, kejap jer tu, nanti stabil la ni.

Kesian ayoh..hari ni tak kerja pun dia kene pegi office..sebab aku la ni...suka buat kerja last minit..baru sekarang nak cari orang untuk dapatkan cop pengesahan...Alhamdulillah, dah settle juga akhirnya...erm, darah aku jenis apa ek? Tak pernah tahu pon...heh

***Ramai orang dalam rumah ni....tapi rasa macam aku sorang jer....

Friday, March 19, 2004

Down... to the earth?

Pergi matrix..nak ambil academic transcript.Dah janji dengan diorang..semua ada tadi. Ila je takleh nak join.so, ambilkan untuk dia. terkejut gak, Dayah buat short sem..ape je dia buat? bukan semua dah settle ke? Dia ambil paper econs lagi sekali? Bagus ar dia.. sanggup buat balik...nak renew katanye. Lama ar gak lepak sana. Petang baru balik..seronok...penat... waa result turun sket..about 0.03..tapi syukur, sebab still maintain. Mesti kene jaga pointer ni. Kat Gombak nanti..kene bersunggguh sikit... the way of life there is much tougher than in matrix... Jangan sampai culture shock sudah la.Gambate!

Lately... I'm feeling down, about somethin... kenapa ya? What's really matter to her actually? sampai ke la ni macam ni...aku tak suka keadaan ni. Tapi aku tak tahu nak buat apa..Aku tahu senyap jer..act like normal.Even aku tau something tak kene, tapi kenapa...doesn't anyone else realize it? ke..aku jer? no...betol ni ada yg tak kene... aku sedih.Tak tahu nak buat macam mana? Salah siapa sebenarnya? kenapa ni...
Hari ni nampak lagi obvious..aku nampak dia nangis masa tengah makan tadi. aku pelik+terkejut... kenapa? semua diam time tu... uwaaa~ somebody please talk to me...can't stand with it anymore.

Ada hal lagi yg belum selesai... Itula, sape suh wat keje lambat-lambat..isk problemo betulla..macam mana nak buat ye?

Thursday, March 18, 2004

Ju-On the Final...

Finally, i made my wish.. dapat jugak aku pegi tengok Ju-On tadi..wahaha! exited habis aku..Dah check kat net, show dekat Mines dalam pukul 4.30 ptg.. pergi jugala whatever pun. Oleh kerana masing-masing sengkek, pergi semata-mata nak tengok Ju-On laa...takde ke lain..

Basically, Ju-On2 sambungan drpd kisah Ju-On... quite similar.. watak utamanya especialy(of coz dua ekor hantu tu..) , sepatutnya kalau nak diikutkan agak menakutkan cerita tu... maybe kedaan pada masa tayangan mempengaruhi... tayangan hari ni memang tak dinafikan..ramai.Sampai penuh panggung tu, pakat semua nak tengok Ju-on.. Yang merosakkan mood cerita tu adalah orang-orang yang sedang menonton! Tak jadi cerita seram dah..jadi cerita lawak pulak. Siap ada pengulas cerita lagi dekat belakang.. hahaha takde feel sangat la tadi..However, i'm still satisfy.

Wednesday, March 17, 2004

new look


Finally...this is the new look for my bedroom...hehe~ what i want to show is, the wall that have been coloured.... it looks green. new colour...new mood...new experience....=p

Monday, March 15, 2004

Apek = *Bintang Paling Popular *

Hari ni i'm feel alive.. rasa bertenaga. Aku rajin, follow my mother jogging pagi dekat Taman Tasik Cempaka..Dah dua kali aku pergi dgn Mama... Pagi-pagi memang ramai..itu pon dalam pukul 8...fewer ppl there are is more better.. Banyak berjalan la daripada berlari.At least, peluh tetap dapat dikeluarkan..

Then balik rumah, continue dengan aktiviti mengecat... aisey, penat ar. Ayoh pelik, apsal la lambat betul kitorang mengecat..dah masuk dua hari tak sudah-sudah..hehe mana taknya, perempuan punya kerja..At last siap juga. Oleh sebab bilik tak abis kemas lagi..terpaksalah tidur luar lagi..

Sunday, March 14, 2004

The renovation~


Early moment of the renovation...we had clear up the room...but the beds cannot be removed...to big, not fit to the door..huhu~ the room look small rite?


It is green colour dat she brought! quite striking....but, green is my favourite colour though...hehehe~ look carefully, it is my hand who doing the paniting ...huhu~ a bit tough, coz it very tiring....but i had some fun~

Saturday, March 13, 2004

Hijau bilik tidurku~

Hari ni dah start operasi mengecat bilik.. baru buat satu layer..itu pon tak penuh lagi..penat ar..sambung esok lak :)



Greeny...is my favourite colour~ (siti nurhaliza pon suka hijau =p) ....peaceful, sign of a nature lover..hehe~

Friday, March 12, 2004

Happy + Tired...

Aku bangun dari tidur agak awal.The 'date will be at 11.am.So, aku kena ready from my house at 10a.m to be sure that i be there exactly at that time..But , what can i say, aku bertolak dari rumah pun around 10.30 a.m...erm, hari ni juga Nuha ada nak buat barbeqeu untuk kawan-kawan dia dekat rumah.Dalam banyak-banyak tempat yang ada, dekat sini jugak diorang nak buat..and that's whyla, aku bertolak lambat, coz member dia awal-awal dah datang nak pergi barang-barang untuk malam ni . Dari komuter Ukm ke Bandar Tasik Selatan, then ambil star lrt ke Plaza Rakyat..aku ni dari dulu still tak lepas-lepas lagi dengan benda alah ni.. semua kene diberitahu dan diingatkan.., teringat pulak a few time before, I simply confuse when it come to which paltform i have to be..erm, adala dua tiga kali aku tersalah naik train..hehe buang masa je..Okla, cincai-cincai aku sampai sana dalam pukul 11.30, Cinot dah sampai dulu, Apap belum...Apap dengar aku bertolak lambat, mesti dia pon bertolak lambat jugak..Tapi janji dekat tempat jual cd tu..tak nampak pulak batang hidungya? Aku tak puas hati.aku pun call dia...dia tunggu dekat bangunan mana ni? mesti missplace la ni...erm, aku dulu pun a bit confuse dengan tempat ni..basically , macam sebuah bangunan yang sama, but actually bukan..Cinot pulak pergi tunggu dekat bangunan sebelah tu.at last, Apap sampai. Beberapa ketika kemudian, aku nampak sorang awek bert-shirt putih+tudung putih berbunga+tersengih-sengih kearah kita orang.hehe... itu dia Cinot.Ketemu jua kita ya? Tujuan utama sememangnya kotaraya. Apap baru start cuti, untuk mengelakkan cutinya agak bosan and to make it look interesting, so dia nak buat additional assignment..rajinnyer dia! lecturer tak suruh pon, tapi dia sangattt.. rajin! so dia nak pergi kumpul + cari bahan-bahan untuk assingnment dialah kali ni... Puas pusing+survey semua kedai dekat situ..lamalah juga.Dapatla satu dua buah cerita korea.Cinot dengan aku pon tidak ketinggalan..Memang bersungguh sangatla kalau nak ditengokkan gaya mereka. Diorang sekarang dah tak layan dah cerita jepun, diaorang layan korea pulak sekarang.Banyak cerita-cerita yang diorang sebut aku tak tau.. takpela, aku tetap setia dengan jepun+Kimu Taku ...haha.

Penat round kedai cd, then singgah makan Mcd..lepak-lepak, borak-borak kejap.sempat lagi bergambar..Bukan senang nak jumpa, setahun sekali jer. Macam-macam cerita diaorang. Cerita Apap dengan geng-gengnya di 'sekolah' uitmnya, hehe kelakar le pap! Diorang still macam dulu.Tak berubah langsung.Bagus ar, aku suka diorang sepertimana diorang dulu, sekarang dan...selama-lamanya.stay the way u are..Rindu dengar suara doraemon Cinot yang kadang-kadang volume suaranya menjadi tidak terkawal hasil tindakan refleks oleh persekitaranya...hahaha, apap still dengan celotehnya yang suka bercerita..They r cool!



Agak awal untuk pulang, diorang tak puas shopping lagi.Apap nak beli jeans. Isk, tapi yang paling terharunya, diorang ingat birthday aku! mesti Apap terbaca catatan aku yang lepas-lepas..Isk, dah la birthday awak 10hb feb. ari tu aku tak ingat langsung! Selalunya macam tulah birthday di awal bulan..lagipun aku memang susah nak ingat tarikh lahir orang... Apap, Happy 20th birthday! Moga Allah merahmati dan memberkati hidup awak sentiasa...Anyway, thanks a lot for the t-shirt :) tima kacih Cin....time kacih pap...

Around 5 p.m baru sampai .. cuaca petang sungguh panas.Sampai rumah aje, tengok kerusi dah tersedia dekat luar and some guys tengah me'ngetes' pasang api kot... semua sudah tersedia, hanya tinggal untuk masak..Bila hari semakin senja, Orang ramai dah start datang.Urgh...ramai betul orang... tak selesa, aku lari naik atas. Malas ar nak campur..Mana aku suka nak mencelah dalam khlayak yang ramai macam tu.Gurls tak ramai sangat actually, boys yang ramai rasanya..lagilah tak mampu aku. Dari atas dah dengar suara-suara besar diorang.Ayoh pulak kata,"gih la turun..belajar sikit saing dengan orang...esok-esok nak kerja susah..." err, dah banyak kali aku dengar nasihat yang sama sejak kecil-kecil dulu.Memamng ada betulnya, tapi dah aku macam ni nak buat macam mane? ntah..susah kot bagi aku nak buat... who care??

***hari yg meletihkan + menggembirakan...

Thursday, March 11, 2004

Nak colour your life sangat...nah amik kao~

Today... the day is totally tak same dengan hari-hari sepanjang cuti aku..erk, paham ke? buat-buat paham dah laa. It look different sebab.. ari ni aku kene bangun awal. Nuha dah warn aku dari semalam...haha sampai macam tu sekali..huh.Aku tau..salah aku..mmg aku malas gilerr tahap cipan..mana taknye tiap-tiap pagi bgun lambat, tak sempat nak buat ape..aku pon fed up. I'm a bit tension dgn die..apasal entah sikit-sikit nak marah-marah...dia warn aku dah banyak kali..this time is very serious one ar, "esok kene tolong org kemas bilik!Jgn nak tido lambat pulak malam ni..esok pagi-pagi nak kemas bilik!Org dah suruh kemas banyak kali dah..nak tunggu org jugak! esok kalau tak bangun juga, org tarik turun bawah sampai bangun!" up gak asyik kene bebel, ahaha tapi nak buat mcm mane...setiap hari aku berazam, "esok lah org buat..janji!"..tapi janji tinggal janji aje laa.. lama-lama jadi kerja bertangguh.eh, pulak aku melalut.. erm, so today aku kene tepati janji aku.Pagi-pagi dah bangun.Having my breakfast first..Then, the operation begin...

- Objective:
Clear up semua buku-buku lama yang dah tak dipakai...kumpulkan setempat for recycle.
- location:
Bilik komputer = clearkan buku
Bilik tidur = clearkan buku + clearkan rak

The operation is done for the sake of the idea to make some renovation to our room. She want it to be paint..to transform it into others colours.Tak tau la apa jadi dgn bilik ni nanti..Everything will not be the same sebab daripada cadangan warna yang dia pilih semuanya warna-warna pelik yang tak pernah digunakan untuk sentuhan dinding rumah ni..orange, merah makngah,florecent hijau..erm lagi satu purple..agaknya warna trend masa kini.gaya modern..heh. Depend on her..aku ikut jer..Dia yang beria. Tapi, warna memainkan peranan dalam sesebuah ruang kan? hehe..wut ever laa.

I'm still trying hard ..manage to make a background sound to my site. Dah masuk tiga hari..still tak dapat.Masalah tang nak upload ni.nak kene buat link lain utk upload file la pulak..penat dah cari site yg seswai nak upload lagu ni..At last jumpa jugak. Itu pon atas pertolongan Lan. Sesape yang memerlukannya, klik here freeservers. Anyway thank you to him :).

Ana call..a great news actually..Congrate to you Ana. Dia dapat LA jugak..Ada pon same! seronoklaa dapat belajar sekali.Ade la jugak member :) erm, chayo~ chayo~

**Patut ar nuha asyik nak marah-marah semalam, It must have something to with **** huh~ Kejap je dah baik balik...dia keluar dgn budak tu kot. katanya nak beli cat sekali! Let we see...wut colour our room gonna be?? stay tune~

Wednesday, March 10, 2004

....so yesterday :(

Today is yesterday, today = yesterday...today = so yesterday? hehe...borink! It's been for weeks..I'm do nothing! wut can i do.. Inilah lumrah kehidupan aku yang sebenarnya. Bila di beri cuti, aduh... tak sabar nak cuti rasa~ Bila dah cuti... inilah jadinya .

Nuha has finished her xm..finally! yeah, i'm happy for her too..Guest what? It is a good sign for me.. Bole lah keluar jenjalan after this :p Transport dah ada..driver dah ada...Bukan ar, aku still tak berani bawak kereta..mengong tol!

Ada plan nak keluar this friday. Nak keluar dengan Cinot dgn Apap..Cinot dah nak balik perak dah this saturday..apa nak buat, bila lagi nak jumpa kan? erm, budak lain tak cuti ker? lame tak jumpa cik, hajar...wa rindu sama kao olang aaa~

* 1rst date on the holiday : Friday, 11 a.m at Kotaraya

Tuesday, March 09, 2004

Landscape Architecture = LA

Just now, junior bilik aku dulu, sheda + najwa call..wahaha~ rindu sama aku ker? aku ponk..seronok sebilik dgn diorg..sekepala sumenye.Diorang memang sporting. Actually. hari ni regestration day diorg. Result pon keluar hari nih.. Sheda kata, dia dah tengok list name batch aku which Kuliyah we'll lead to dekat Gombak nanti.. Alhamdulillah, aku dapat la apa yang aku mintak, Landscape Architecture.. Syapot dapat Architecture..Congrate! Amru pon.. kebanyakannya dapatla apa yg diorg aply utk first choice diorang..

Sheda dgn Najwa nak aku datang sana gak...aku dah dah explain, aku kata nanti ar..tunggu member-member lain skali...maybe bile dah masuk main camp ni, class tak banyak, kitorg pegi laa..huhu.Tapi pelik ar..asal beria nak suh aku datang cepat-cepat? haha rupa-rupanya ada udang di sebali mee.. actually, It's all because of my birthday.. this coming 16th.. Isk, terharu aku dibuatnya..apela korang..wat malu kak wan jer.Nak pegi sana semata-mata mengharapkan somethin dari u all..haha.Kak wan akan pergi jugak..don't worry. pasal baju-baju aku still ada kat dobi Izwa tuh.huh! Tanx 4 the call..

My flu is getting better.. dah tak sesak nafas dah..sebab semalam dgn hari ni aku pulun makan ulam+budu kot..bagus ape makan ulam kan?Tp budu..tak ramai yang bole ngam+gemar dengan budu.ahah..aku suka! adek aku yang kecik pon suka..well, like father like childrenn..Ker aku hentam vicks siang malam buat aku semakin selsema aku makin kebah? sebenarnya takde ar terok sangat aku selsema.Still bole minum air sejuk..hehe

Monday, March 08, 2004

wut colour I want?

Boring seperti biasa.. hambar. Tak hitam, putih.Tak putih, kelabu.. takde warna yang ceria langsung.. dats my life is. huhu~ But i'm gonna put some others colour to it . so it will look cheerfull with variety of colours, even more exciting!

Tadi bosan sgt.. au capai ps2 Amat.. Wut to play hah?? aku try car race..ala-ala need for speed laa...Walaupun aku tahu yang aku tak reti main game nih.. disebabkan game lain tak menarik, aku hentam je la..Mcm biasa, aku drive car like crazy..no, like a damn crazy nuts! sume dinding aku langgar..sampai terbalik-terbalik direction aku pegi..sampai kene langgar dgn keta lain.. Tapi aku tak mati gak.. i'm truely strong man.. haha idiot! tanak main dah~

My flu getting worse..dah rasa mcm nak demam, tapi still boleh bertahan..badan pun rasa tak sedap..sakit perut~ macam-macam lah aku ni..'debek' sungguh!

Esok confirm, aku tak pegi ambil result dekat pj,,nak tunggu die hantar rumah.. tak ramai yg pergi.Wahida ada ajak, aku bukan ape..takde transport nak pegi..Amru pergi gak, die risau sungguh..rileks ar, sure boleh punye kau...salah satu cara yang terbaik ialah dgn bertawakal,berdoa dan solat hajat. Itula yg aku pernah amalkan masa UPSR darjah enam dulu. tapi sekarang dah jarang..However,when there is a will, there always a way..

Sunday, March 07, 2004

*Penjaga hatiku*

Argh....~ i don feel comfortable.hidung aku tersumbat..i got flue suddenly! Takde angin takde ribut, tiba-tiba jer bangun pagi tadi Tak selesa betul laa. Semalam elok jer aku rasa..angin kuskus mana tah yang datang.. takperlaa aku terima je..

Teruk la aku ni..nak bangun pagi pun payah.Nuha guna byk cara dah semata-mata nak kejut aku..haha sebenarnya, lagi dikejut lagi menjadi..baik tak usah kejut..pandai la aku bangun..ek?? Aku bole tido lagi ..ayoh dr melaka pon dah sampai umah..dasat ar aku nih~

Iee.. walaupon hari ni hari sabtu, aku takde aktiviti ape pon..samaje rase mcm weekdays.. Nuha ada xm hari ni.... at last aku minta tolong dia zerokkan dokumen-dokumen yang sepatutnya dah aku zerok dekat dkedai depan rumah ni...hahahaiii, alamat tak keluar rumah lagi la aku..

aku tgh try nak belajar tukar layout ni..kalau Alia ada kan senang. Aku tak suka pattern sidebar yang ni..nak tukar jugak..huhu~

* * * * * * * * * * * * * * * *

PENJAGA HATI

Tak pernah aku impikan
Betapa beratnya meruntuhkan hatimu
Lama sudah ku menunggu
Seutas harapan tulus cintamu

Takkan kutemui wanita sepertimu
Takkan kudapatkan
Rasa cinta ini

Kubayangkan bila engkau datang
Kupeluk bahagia kan daku
Kuserahkan seluruh hidupku
Menjadi penjaga hatimu

Sering kali kutemukan
Mahkota bertabur intan permata
Meski aku telah terbiasa
Tambatkan hatiku pada wanita

by : Ari Lasso

Saturday, March 06, 2004

What really matter to me??

Today's day is same like usual.. tetiap pagi mesti kene buka cenel 17 di astro.. ayashi no ceres, an anime cartoon.ari ni dah masuk episod ke4.. well, it's better to watch tv, instead of jus sleeping all day long without doing nothing.hehe..

Supose hari ni dah nekad nak keluar rumah..nak pergi kedai depan rumah. Perlu selesaikan kerja menzerok beberapa dokumen-dokumen..for registration renquirement... at last, i didn't go though.. semacam ada perasaan yang tak kena.. i
always have dat feeling, even when i had to when back to college from house all alone.. hehe. Tp, selalunya it usualy happen on a big occasion like presentation day..
But not in this 'rezok' situation.. this one lebih kepada sikap malas... dah lama tak kua rumah..ekceli, before going..mesti nak ada bendanya.. tp, penat mencari surat beranak aku. i couldn't find it..selalunya ada di tempat biasa, tp kenapa takde?
terpaksa tunggu ayoj balik, kene tanya dia..itupon dah dekat kol 6ptg.. terasa mcm dah lambat...bole pegi tdo??


miss the smallvile series.. rasanya mcm dah byk episod tertinggal.. nuha tetiba aje buka cerita tu.. joinlah same.Itu pon dah jauh..season 3 sumthin.ape lagi,sambunglah
untuk beberapa episod..syiokk habiss! admiring Lana lang.. how sweet.. oh ya. sbnrnya aku paling tunggu-tunggu mlm ni..ade cerita bess :p Double Vision..cerita lama sebenarnya, but i haven't seen the movie yet! Teruklah aku ni..adake sbb tak nak miss cerita ni sanggup tak nak ikut ayoh gi melaka.. mama must disappointed on me..nuha have told me, mama suruh aku pegi sama, tp takpelaa amat pegi pon jadilaa.. tapi cerita tu takde la terlalu best..Biasajer.. mcm menyesal je tak ikut pergi melaka..

have a problem with my lips..dryness problem..always be like this..very often..suddenly, bleeding! kalau time mcm ni jgn la senyum lebar-lebar..tak pasal-pasal berdarah..

Thursday, March 04, 2004

dis is the beginning!

Tahap kemalasan melampaui segalanye.kalau semalam aku bangun dlm kol9..hari ni kol12.30 br bangun..bukan ape, kalau mlm dah tdo lewat mane nak cukup waktu tdo.. terpaksalah melanjutkan masa tdo jugak..heh..tp, subuh tak tinggal laa,dlm mamai pun tanggung jawab seorang muslim wajib dilaksanakan walaubagaimanapun... Bangun jer dari tdo terus ke bilik air,mandi. salah satu cara nak menyegarkan badan.kalau tak segar, takde feel nak buat kerja lain.. mcm biasala, kalau dah tgh hari kenelah bersiap utk mkn tgh hari..turun je tgok nuha dah sebok goreng ayam.. nak buat ayam masak merah.. nyum! seperti hari-hari yang sebelumnya..inilah rutin harian aku sepanjang cuti...bukan! setiap kali cuti... kalau aku dah ade keberanian drive sendiri keta tuh, dah lama aku pegi merewang.cuma kereta yang satu tu, nuha yg selalu guna..takde chance langsung.ala..kalo ade chance pon, tapi takde member nak berjoli same pon... samejelaa baik takyah..so, terpaksalah aku menjalankan rutin harian aku dengan memerapkan diri sepanjang hari di dalam rumah.. tapikan, aku sentiasa rasa perjalanan seharian aku dlam rumah amatlah singkat.terasa masa cepatje berjalan. kebiasaannya, bila diri kita terperangkap dlm suasanan yang membosankan, masa akan terasa terlalu lambat berlalu..sebaliknya yang aku rasa.. macam trak sempat nak buat apa-apa. aku banyak habiskan masa menghadap pc.. meneliti banyak-banyak weblog yg menarik.. sekali dah tertarik rasa nak baca... mesti nak baca sampai habis.. itulah aku ni jauh ketinggalan....

Aku masih br....aku br mula nak mamupuk minat dlm benda ni, masih lg merangkak.. bila tengok.. banyak karya-karya yg. mantap-mantap, yg. canggih-manggih...mmg. berbakat! Bila pk , diorg berkarya kerana minat diorang..tp, aku..aku cuma nak mencari ruang nak meluahkan perasaan.. walaupun menulis bukan minat aku, tapi cuma dgn ini mungkin cara terbaik untuk seseorg yg susah berkata-kata seperti aku mengekspresikan diri..even aku tak cukup baik dlm penulisan.haha.. tgok ar result BM spm aku ... sendiri malu nak mengaku anak melayu... sedaya mampu aku akan cuba meluahkan yg terbuku dlm hati dan fikiran aku yg tak mungkin sesiapa bole mentafsirkannya dr luaran sahaja... dengan cara aku sendri. Aku perlu tunjuk ajar dr orang-lama.

Hye.. sepatutnya mlm ni nak mengisi borang kemasukan U... bukan itu ke yg di sepakatkan dgn Fizi??..haha kalau la dah pegang papn kekunci nih memang susah nak lepas.. hurm? kalau pc mamat tuh elok, mesti die dah on mlm nih..agaknya dah siap kot dia isi borang tu... aku je yg seharam pun tak sentuh! esokje laa... u'll bet me!

Wednesday, March 03, 2004

~apple blossom~

Bangun jer dari tdo..eh dah kol 9pg ker?? subuh!! semayang subuh gajah la nih.. i went sleep lambat sangat semalam, inilah kesannyer..feel dizzy~ after selesai solat subuh gajah, terus aku mengikut kemana sahaja kakiku melangkah..oh, ke dapur rupenyer? semalam terdetik juga..suppose hari ni ayoh nak puasa ke tak ye?? kenapa mlm tadi tak kejut sahur seperti mlm yg sebelum ni? ayoh kata, puasa asyura 2 hari.. tp, ayoh kata die tak larat.. so, today semua tak puasa. SAmpai je kat dapur, selak bawah saji..ade dua 2 keping sandwich, sandwich daging burger.. terus je meluru ke depan menagadap tv.. afta dat, my sis plak pegi dapur..hm, die tak sarapan lg rupanye kalo tak bole aku bedal lagi satu tu..haha.tak cukup kenyang agaknya, jadi die masak maggi die pagi hari..aku yg kelaparan turut membedal magginya..


It's like an habit, kalo cuti jer tak mandi pagi bukanla sesuatu keperluan..ala, pukul 2-3 ptg still boleh lagi.ataupun tak perlu mandi, terus bawak ke malam..biasalahkan?? Then, afta selesai jemur kain sumer..kene lah menyibukan diri di dapur..nak pulak takde beras..kene tunggu org beli beras..Ayoh beli lauk sedikit,barangkali die tahu kitorang tak masak ari ni..so, lauk tgh hari ini adelah, ikan masak kicap+ayam masak merah+sayur+sup ayam+kari ikan..dua lauk ayoh beli, yang selebihnya lauk kelmarin.

Hari sudah beransur petang, badan pun rasa tak selesa..i have to take a bath though! can't wait untill nite..haha..afta solat, i decide to do sometin about this blog, tp amat sibuklaa. Die mendahului aku. But he is nothin else to do with RO! the time is outlaa ( he is so crazy about ragnarok online same with abang die, only God know. takleh lekang dgn comp nih, tak sedar yang tahun ni die nak meduduki UPSR.Nuha was making a deal with him, "amat boleh main until this februari jer..afta dat nuha nak uninstallkan die!")..haha dat's whylaa. Tp, disebabkan aku kesian kat die, and aku malas nak gaduh-gaduh dgn die..aku terpaksala mengalah. ok, i'll do anything else..

Nuha said, "dah lamo tak pasang aroma terapi..gih la pasang.gih amik kat almari tuh"....
setelah cuba membau bauan yang manakah yang sedap..i found 'apple blossom'. hurm. nice smell for me.. i think it's a new one. form me baunya tak terlalu menyengat but nuha kata toksah pasang lama-lama.kadang-kadang bau yang kuat akan mengeluarkan bau yang tidak enak..then, a few minutes later, aku tengok amat dah beredar..aku pon menggunakan peluang yang ada..so many thing to improve neh??
suddenly amat come into this room, terus meluru ke meja study, wah die study laa..:) good boy ! teringat zaman sekolah rendah time nak UPSR dulu..Itulah masa yang dapat aku lihat yang aku betul bersungguh-sungguh..walaubagaimanapun ianya berbaloila buatku..Amat mesti skor utk upsr ni, ayoh kene tgok-tgok jugak bdak ni..main je banyak.tengok tu, baru kejap duduk kat meja..dah dapat call pegi main! kat rumah nih die lah yg paling glemer..asyik dapat calljer..

The 'apple blossom' still stick to my hand... a good smell~