Friday, December 18, 2009

Quarter life crisis

Pernah dgr istilah ni?? aku terbaca di media bru-bru ni. Adakah aku berada di fasa itu skrg? dan adakah semua individu akan melaluinye??atau hanya insan2 terpilih?? mungkin, untuk sebilangan yang besar. Ia mungkin berkisarkan kerjaya, keluarga, cinta atau sejajar dengan apa sahaja yang dilihat sebagai rempah kehidupan... Di dalam rempah kehidupan ini, mampu memberi kita pelbagai rasa yang hanya individu itu sendiri yang dapat menterjemahkan mengikut laluan hidup yang dipilhnya.. terkadang dalam membuat pilihan kta sering silap. namun, kesilapan itu yang mampu buat kita belajar tntg hidup.. belajar memperbaiki diri untuk lebih berwaspada dan lebih cekal.. ini realiti yang sepatutnya dilalui. rasa putus asa itu yang perlu dijauhi.. sekali gagal bukan bererti selamanya gagal.. be a good decision maker. The real you will last.

Saturday, August 29, 2009

Ranting from K.B

I'm currently at K.B, Kelantan. Sekadar memenuhi aktiviti cuti yang agak panjang (3 hari for me cukup panjang ok...) . Tambahan pula, sudah lama tidak menjejakkan kaki ke kg halaman yg kini serba maju dan moden. Manakan tidak, sebuah lagi shopping mall baru dinaikkan di tgh kota ni. Aku terfikir, memang benar.. bukan kerajaan negeri yang mahu menolak pembangunan, tapi ada faktor yang menghalang ianya dari membangun... oh, ini semua politik, faham-faham sahaja.

kami tiba di rumah jam 8.30 pagi , sudah agak tinggi matahari terbit. So we decided to had some shoppin activity in the morning. Membeli barang-barang kperluan Ramadhan.. dan tidak ketinggalan sempat juga merembat beberapa helai tudung for raya nanti. Hehe. Wow! i can tell , cuaca di Kota Bharu ketika ini adalah sangat panas. Tambahan pula , seperti kami berjalan ke kota tanpa kereta..Memang meredah panas.huh!

Perasan pulang ke kampung sekarang agak berbeza dari dahulu. Sejak tokwan dah tiada, rumah tokwan di Kg Masjid Pasir Pekan tersebut sudah diwariskan ke anaknya, Faezah (Faezah pula serahkan rumah tersebut ke nk sulungnya yang sudah berkahwin). Oleh kerana itu, ayah telah membeli sebuah rumah 'kondo' di tengah2 kota bharu ni untuk tujuan penginapan di masa-masa sebegini. Manakan sama negeri orang berbanding negeri sendiri kan? Malahan tokwan cik still here for us to visit (cumanya berbeza, kami tidak pernah bermalam di rumah tokwan cik disebabkan memang xcukup vacancy sejak dulu lagi.haish.whatever lah). The best part of our new house is, selain daripada adanya swimming pool, kedudukannya di tengah kota mudahkann kami keluar kesana tanpa kereta. we'll just walk! only a few minutes to Pasar Siti Khadijah.. And the worst part, to go visit relatives and tok, terpaksa meredah traffic di jambatan kecil yyag menghubungkan KB - Wakaf Bharu, etc.... Bilalah kerajaan pusat akan menyegerakan
projek pembesaran jambatan ni.. janji tinggal janji sahaja.

wallahualam.

Saturday, August 08, 2009

Troublesome week

Huh topik entry bukan main lagi... tapi ye, seminggu yg memeningkan kepala sudah berkhir, what comes next, aku pasti tertunggu-tunggu dgn penuh debaran dan tanda tanya.

Yaah, have you ever feel this way.. ??

Debaran menunggu tugas untuk hari esok.I will having butterfly burst in my stomache... all alone.Hati dan pemikiran sgt tak tenteram. But then, when it comes to the day, semuanya just ok! Every single time when it comes to this kind of situation, aku think, i just think too much. But sebenarnya it is not a big deal. Ataupun, in any others situation...maybe kinda a big deal situation, dan aku berfikir terlalu banyak lagi.. tapi bila tiba saatnya, perkara yang ditakuti atau dirisaukan itu akan segera lenyap, i mean... sort like the thing's i am hold onto at that time is cancel, and actully nothing to be worry. You know what i mean not??? Huhu.. just sharing my own experience and feeling...

Tapi itulah yang terjadi. Dan, aku dapat rasa ianya satu rahmat atau pertolongan dariNya, everytime i feel so trouble.. Thanks to Him for always there for me.

Monday, August 03, 2009

Sekadar iktibAR

2 kisah yang teladan untuk dikongsi bersama agar dapat dijadikan iktibar...
courtesy by: wan ruhayah (thanks for the e-mail)



Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir
lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya
Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya .
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.


Kisah-2


Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari
Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru..

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika
Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang
lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja..

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3


Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.


Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman...
cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???


Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Renung-renungkan...

Sunday, July 26, 2009

i can't sleep

Me, still awake at 5.15 a.m..

Starting yesterday, exploring sketchup script-ruby script.. pretty impresive. Almost 2 thn..sepanjang sy menggunakan appl. sketchup ni, br saya sedar akan kepentingan script ni dlm sketchup. Bertapa bergunanya ia dlm kerja-kerja sy. Thank god that i am not that too late to know.. well u can google it at youtube ( author by go-2-school).. i'm start to lovin it.hehe


Oh yes.. fakhriah's wed yesterday.. very gorgeous la.. itu la yg dpt digambrkan... tiba agak lewat, sbb mengaggap kedatangan pengantin dlm 2.30 but i was wrong.. tiba sahaja, pengantin dah menyantap..tak sempat tgok diorg berarak.. oh i jus bump to see arafah (with her siblings) and fairin.miss u both. :) Budak-budak lain yang dikenali x terjumpa pula kan.. sempat juga captured a few pics.. Nuha thanks temankan td.



Got home-made steamboat for dinner ..eat to the fullest..hurm

Saturday, July 25, 2009

Best fren wed

I took half day work smlm, to attend her majlis akad nikah.
Found out only me and capot yg could attend , yup of course it was a working day,susahla they all lain nk dtg kan..hurm

The ceremony, goes well. She turn out so much cantik, anggun dan jelita... ehhe. That 's what they call naik seri pengantin nye. thumbs up to the mak andam . Everything about it.. look so perfect lah. The last thing i could forget is the katil pengantin...hehe very luxurious, i tell u.. fury finish bedsheet!!

No images for now..but i'll put them in my next entry together with her wed's ceremony that would be today saturday, 25 july09.

Alhamdullillah kwn...u finally be a wifey. Perjalanan hidup akan datang lebih bermakna disamping hubby terchenta . May all the hapiness be with u .

Ya rabbi.. Engkau berkatilah dan rahmatilah hidup mereka , dan kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah.. amin

Sunday, July 12, 2009

After a long...long...break!

Say hello again to my long lost e-diary... uhuuh! At last, i found back a way to log in my account. But still i need to manage back my email account since i figured out it falselu using my lil sis email acount for my blog?! Blurr...

About a year a go ( if i'm not mistaken), since my last post, and i've been through several ups and down of my pre-grad period up to now, my so-called working life. That give the idea of how much things i had left to share them in here... in order of recording my life journey safely in here.. yeah ,hopefully :)

Till then..i'm out now. lunch time.. (laksa penang) ..yummy