Aku yakin, masih ada kawan2 ku diluar sana yang merasakan yang sama. Jodoh, semuanya ketentuan Illahi. kita mampu berusaha hanya Dia yang menentukan. Cepat atau lambat itu juga kerja-Nya. Tatkala ini, aku merenung dan menilai diri sendiri. . pasti ada sebab dan hikmah disebalik ini semua.
Kata-kata komentar dari seorang saudara melalui Myjodoh weblog sgt berkesan di sudut hati:
"Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu….. Setiap yg terjadi kpd kita… hanyalah ujian Allah menguji keimanan kita, sejauh mana ketabahan.menguji keimanan dan ketakwaan… melatih manusia sentiasa bersabar dan menimbulkan keinsafan serta kesedaran.
Kekadang kita lupa doa kita lambat di makbulkan sebab bnyk sangat dosa kita lakukan di muka bumi ini… cepat bertaubat…dgn sebenarnya.ikhlas dan tidak mengulangi kesilapan lgi…
TAUBAT = kembali menjadi hamba Allah, mengabdi (beribadah) kepada Allah, menyembah hanya Allah, menjalankan kewajiban dan meninggalkan larangannya, mengikuti sunnah RasulNya dan menghindari hal-hal yang dimakruhkan.
Taubat = sadar diri telah melakukan kesalahan (lalai dalam pengabdian kepada Allah), istighfar (mohon maaf) atas kesalahan yang telah dilakukan, diikuti dengan amal shalih (berbuat kebajikan) menunaikan kewajiban dan meninggalkan kemaksiatan, serta berbuat ihsan (wajib + sunnah) …
Apatah lagi meminta ampun dan maaf kpd org yg dianiayai, fitnah, umpat…dengki dan diputuskan silaturrahim…. maka dosanya tidak akan diampunkan oleh Allah SWT…cepat2 minta maaf kalo berlaku yg demikian… "
Allah sayangi setiap hambaNya. Akan tetapi sbg manusia kitalah yang sering lupa dan mengabaikanNya. Ya aku sentiasa yakin bahawa Dia sentiasa disisiku bilamana aku memerlukanNya. Tapi mungkin , dugaan yang Dia berikan adalah juga rahmat buat hambaNya yang sering alpa. Kunci untuk segalanya in hanyalah kembali ke pangkuanNya. Sebetulnya, ini hanyalah peringatan agar kita sentiasa dapat memuhasabah dan menilai diri masing-masing.
Ya Allah aku seakan tahu, dan aku dapat merasakan pembalasan dunia akibat kelalaian diriku sendiri...Engkau tunjukkanlah pintu taubat buat ku. Amin
No comments:
Post a Comment